2021-10-04
Sejak petang Isnin, tular di media sosial mengenai laporan media tempatan berkenaan sebuah hotel terkemuka di Langkawi yang dikhabarkan seramai 59 orang kakitangannya telah disahkan positif wabak COVID-19.
Memetik laporan Astro Awani hotel tersebut terpaksa menghentikan sementara operasi mereka dan menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr. Othman Warijo, kesemua kes jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibran.
<> 2> Ter164walDikategorikan sebagai kluster tempat kerja, sehingga Isnin seramai 249 individu telah disaring dengan 59 daripada mereka disahkan positif, 192 individu negatif dan tiga lagi individu masih menunggu keputusan saringan. Dr. Othman turut memaklumkan, kluster berkenaan melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga.Dalam perkembangan berkaitan, kesemua pelancong yang menginap di hotel berkenaan kini dipindahkan ke sebuah hotel lain di bahang0 sama AFP
Malah, semua kontak rapat juga telah dikenal pasti serta telah melakukan ujian saringan COVID-19 dan diberi arahan menjalani Orden de vigilancia domiciliaria (HSO) selama 10 hari. Sehingga kini, JKN Kedah mengesahkan bahawa penularan jangkitan COVID-19 adalah terkawal.
Di media sosial, netizen berteka-teki mengenai hotel yang dimaksudkan. Berdasarkan lokasi hotel yang dinyatakan rata-rata daripada mereka menyatakan bahawa Hotel Ritz Carlton hotel adalah yang dikhabarkan mempunyai klustertersebut.
Menerusi carian Murai.my, sehingga kini pihak hotel tersebut tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai spekulasi mahupun mengesahkan mengenai penularan wabak COVID-19 di dalam kawasan mereka
> El mensaje Netizen Berteka-Teki, 59 Kakitangan Hotel Ritz Carlton Langkawi Positif COVID-19? apareció primero en Murai MY.Leer más
Sumber Web: Murai MY
Dejar un comentario